5 JENIS MATERIAL TUDUNG YANG PERLU ANDA KETAHUI

5 JENIS MATERIAL TUDUNG YANG PERLU ANDA KETAHUI – Cotton berasal dari “serat kapas”. Kain kapas merupakan fabrik yang sangat sesuai dipakai terutama bagi negara yang beriklim panas dan lembap seperti di Malaysia. Ini kerana, kain kapas membolehkan kulit bernafas dengan baik. Jadi, masa pakai tu tidaklah terlalu panas.

5 JENIS MATERIAL TUDUNG YANG PERLU ANDA KETAHUI

Antara ciri-ciri tudung cotton adalah:-

  • Mudah menyerap
  • Tidak terlalu keras
  • Tidak mudah renyuk
  • Senang dicuci

Yang bestnya, kain cotton ni jenis sejuk. Selesa bila pakai.

Untuk pengetahuan anda, cotton ni ada macam-macam jenis. Antaranya adalah:-

  • Cotton Paris
  • Cotton Voile
  • Cotton Silk
  • Cotton Minyak
  • Cotton Jepun
  • Cotton Biasa

2.CHIFFON

Chiffon diperbuat daripada sutera, kapas & fiber sintetik. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan.

Sama seperti cotton, chiffon juga ada banyak jenis. Antaranya adalah:-

  • Chiffon Sutera
  • Chiffon Georgette
  • Chiffon Goldline
  • Chiffon Double
  • Chiffon Printed
  • Chiffon Viscose
  • Chiffon Paris

Dan banyak lagi. 

3.LYCRA

Masih ingat lagi tak zaman di mana tudung lycra pernah menjadi igauan dan menjadi pilihan utama para wanita untuk membelinya? Antaranya, adalah bawal lycra, tudung sarung lycra dan banyak lagi. Kebanyakkan tudung lycra bersifat mudah untuk diregangkan.

Material Lycra pun ada banyak jenis. Yang membezakannya biasanya adalah harga.

Antara jenis lycra yang ada, adalah:-

  • Lycra Strechable – Mudah diregangkan. Lycra jenis ini juga mudah menyerap peluh, tahan lasak serta mudah untuk dijaga.
  • Lycra Cotton – Lycra jenis ini sedikit nipis dan mudah serap air. Ia juga sejuk apabila dipakai, dan tidak tembus cahaya.
  • Lycra Nipis – Lycra  jenis ini mudah tembus cahaya. Ia juga tidak sesuai dijadikan tudung kerana material yang sedikit keras dan tidak menyerap air.

4.VOILE PREMIUM

Dalam banyak-banyak material, material ini paling best untuk dijadikan tudung. Ini kerana fabriknya seimbang kekerasan dan kelembutannya menjadikan ianya mudah dibentuk.

5.SATIN

Pada pandangan secara peribadi, material satin yang paling susah dibentuk dan sukar digayakan. Tapi, satin tetap ada peminat mereka yang tersendiri. Antara sebab utama ramai memilih satin adalah kerana material ini nampak mewah dan eksklusif.

Satin juga ada pelbagai jenis, antaranya:-

  • Pearl Satin –  Satin jenis ini sangat sesuai dijadikan shawl kerana ianya tidak tebal, tidak nipis dan sejuk. Sangat selesa apabila dipakai.
  • Satin Silk – Jenis yang mudah dibentuk serta flowy. Ia juga ada banyak warna.
  • Satin Venus – Material yang sejuk dan nipis. Tapi ia tidak terlalu jarang. Sangat sesuai dijadikan pelbagai jenis tudung.
  • Satin Crepe – Ia sangat sesuai dijadikan shawl kerana ia mudah dibentuk kerana tidak melekat di muka. Tapi, awas! Ia tidak sesuai dijadikan tudung bawal.

Sekarang, dah tahu kan jenis-jenis tudung yang ada? Tidak hairanlah mengapa wanita terlalu banyak koleksi dan kerap membeli tudung.

Tulisan ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *