Kali terakhir fenomena gerhana bulan dapat dilihat di Malaysia pada 26 Mei 2021. Kali ini sekali lagi penduduk negara Malaysia bakal berpeluang menyaksikan lagi fenomena gerhana bulan pada hari ini, 08 November 2022 bersamaan 13 Rabiulakhir 1444H.
Gerhana Bulan Penuh Hari ini 08 November 2022
Mengikut laman Facebook Agensi Angkasa Malaysia- MYSA, Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.
Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitude umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitude umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.
Menurut data, masyarakat di Malaysia boleh menyaksikan fenomena ini dengan mata kasar, dengan jelas selepas matahari terbenam.
Berikut adalah fasa-fasa gerhana yang dihitung di Kuala Lumpur, Malaysia :
8 November 2022
: 4.02 petang
: 5.09 petang
: 6.16 petang
: 6.59 petang
: 7.41 malam
: 8.49 malam
: 9.56 malam
InsyaAllah, kita akan berpeluang menyaksikan fenomena ini pada 8 NOVEMBER 2022/ 13 RABIULAKHIR 1444, mulai jam 5:09 petang dan berakhir pada jam 8:49 malam.
Tetapi, apa yang lebih penting adalah, apakah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang boleh kita contohi ketika berlakunya gerhana bulan?
Peringatan Rasulullah SAW apabila berlakunya gerhana:
1. MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH
2. BERTAKBIR, TAHMID DAN TAHLIL
3. BERZIKIR DAN BERISTIGHFAR
4. BERSEDEKAH
5. MENDIRIKAN SOLAT SUNAT GERHANA
WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA:
Solat gerhana bulan boleh dilakukan bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan tamat dengan berakhirnya gerhana serta naiknya matahari.
TIDAK HARUS MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA KETIKA:
Bulan menjadi terang kembali kerana cahaya matahari tidak lagi dihalang oleh bumi.
Apabila terbit matahari hingga bulan tidak lagi kelihatan walaupun gerhana bulan berlaku ketika itu. Namun, jika matahari terbit tetapi bulan yang sedang gerhana masih kelihatan, maka solat sunat gerhana masih boleh dilakukan.
TATACARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT GERHANA:
Berdasarkan kepada mazhab Syafi’i, ketika berlakunya gerhana, solat ini masih boleh dilaksanakan walaupun berada dalam waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).
Semoga bermanfaat buat semua. Kongsikan kepadaleboh ramai kenalan dan keluarga, semoga semua daripada kita mendapat manfaat dan pahala berganda asbab menyebarkan kebaikkan.