Ini 11 Maksud Di Sebalik Bunga Ros Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu – Setiap pasangan, perempuan terutamanya pasti akan merasa gembira dan bahagia apa bila menerima bunga. Lagi-lagi jika bunga yang diterimanya adalah bunga ros. Tidak peduli sama ada sejambak atau sekuntum pasti akan berbunga-bunga.
Ini 11 Maksud Di Sebalik Bunga Ros Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
Akan tetapi, tahukah anda sebenarnya setiap bunga ros mempunyai maksud yang berbeza-beza?
Berikut kami berikan maksud di sebalik warna bunga ros yang kami petik dari Maksud Tersirat Di Sebalik Warna Bunga Ros. Jom baca artikel ni sampai habis!
Warna merah = Bunga ros merah pasti sudah tidak asing lagi bagi anda semua. Warna yang cukup klasik dan simple. Cara mudah yang cukup romantik untuk mengungkap “Saya Cinta Awak”. Ia juga menjadi lambang cinta sejati.
Merah jambu = Warna merah jambu bermaksud kebahagiaan, kekaguman dan anggun. Selain itu, ia juga ros yang dijadikan untuk mengungkapkan simpati.
Warna kuning = Bunga ros kuning sering dikaitkan dengan petanda persahabatan yang karib. Ia merupakan tanda cara anda menghargai kegembiraan yang rakan anda berikan.
Warna lavendar = Memberi makna cinta pandang pertama. Jika diberi setiap hari, ia memberikan peringatan tentang cinta anda dan keinginan untuk meneruskan hubungan tersebut.
Warna putih = Ros putih sering digunakan ketika majlis perkahwinan. Ia merupakan lambang ke permulaan yang baru. Ia juga memberi makna kesucian.
Warna hijau = Meskipun ros hijau jarang anda temui, tapi ketahuilah ros hijau bermakna melambangkan semangat dan menjadi sebuah utusan keceriaan.
Warna jingga = Ros jingga menandakan anda bersemangat romantik dan anda ingin berkongsi keseronokan hubungan cinta itu.
Warna biru = Tahukah anda, ros biru tidak boleh diperoleh secara semulajadi. Ia melambangkan sesuatu yang tidak dapat dicapai dan misteri.
Warna krim = Ia melambangkan kepesonaan dan pemikiran terhadap seseorang. Ia juga merupakan salah satu cara menyatakan ucapan terima kasih kepada seseorang.
Warna pelangi = Tahukah anda, ros pelangi sebenarnya ada bunga ros putih yang batangnya direndam dalam air yang mempunyai pelbagai warna. Ia melambangkan kebahagiaan seseorang.
Warna hitam = Ros hitam melambangkan perpisahan. Memberi ros hitam melambangkan pengakhiran sebuah perhubungan.
Sekarang dah tahu maksud di sebalik warna ros kan? Harapnya selepas ini mudah untuk anda membuat keputusan bunga ros warna apa yang patut diberikan kepada seseorang!