Kenapa wanita lambat kahwin? Ini Alasannya

Bila usia dah meningkat 30 an dan masih bujang, pasti akan ada “suara-suara” yang mula tanya “bila nak kahwin?”

Kenapa wanita lambat kahwin? Ini Alasannya

Berkahwin merupakan impian semua orang, tidak kira lelaki atau wanita. Namun, ada sesetengah orang agak fobia apabila mendengar perkataan “kahwin” terutamanya bagi wanita.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan mengapa wanita kahwin lambat. Jom baca sampai habis!

Jodoh belum sampai

Ini antara alasan yang paling selalu orang jawab bila ada yang tanya “Kenapa tak kahwin lagi?”, terutamanya bagi perempuan. Benar, ajal maut, jodoh dan perhubungan dah diatur oleh ALLAH S.W.T. Tapi, kita sebagai hamba kena berusaha. Kalau tiada usaha, macam mana jodoh nak sampai? Jodoh tidak akan datang bergolek. Kena usaha juga.

Fobia dengan pengalaman orang sekeliling

Terlalu banyak mendengar pengalaman buruk orang sekeliling yang membuatkan para wanita jadi takut dan fobia untuk berkahwin. Risau jika pengalaman buruk orang sekeliling tu terkena pada diri sendiri suatu hari nanti.

Terlalu sibuk dengan kerjaya

Kebiasaannya, kerjaya juga merupakan salah satu punca wanita lambat berkahwin. Individu yang kuat bekerja biasanya tidak memikirkan tentang hal-hal percintaan, perkahwinan dan hal jodoh ini. Ini kerana bagi mereka, kerjaya adalah fokus utama.

Fobia dengan masa lalu atau masih belum move on

Tipu kalau tak sakit apabila putus cinta, kan? Kadang-kadang, fobia dan masih tak boleh move on ni yang buat ramai wanita memilih untuk tidak berkahwin. Ini kerana masih terkenangkan akan masa lalu. Dan, terlalu takut andai memulakan perhubungan yang baru kelak terjadi perkara yang sama seperti hubungan lalu.

Terlalu memilih pasangan

Bukan tak ada yang nak, cuma anda terlalu memilih pasangan. Terlalu mencari yang sempurna, yang elok. Kadang-kadang, ciri-ciri yang anda nak tu tak masuk akal. Kena ingat, tiada manusia yang sempurna. Kelak bila dah berkahwin dengan jodoh yang anda temui, nanti anda akan sedar perkahwinan itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Tapi, ada juga kes dimana wanita tidak terlalu memilih cuma ibu-bapa atau ahli keluarganya yang terlalu memilih.

Apa-apa pun, memilih itu tidak salah. Cuma, biarlah berpada-pada.

Belum bersedia

Rata-rata, ramai wanita yang belum berkahwin dek kerana belum bersedia. Ada yang belum bersedia dari sudut kewangan, ada juga yang belum bersedia mental dan fizikal dan ada juga yang belum bersedia dari segi emosi.

Memang tiada orang nak

Dengar macam kelakar dan tak masuk akal, kan? Tapi, jangan terkejut. Memang ada wanita yang mengalami nasib sebegini. Mereka bukan tidak mahu kahwin tapi masih tiada calon. Boleh jadi lelaki yang ada di sekeliling wanita itu sudah berpunya. Kebiasaannya, jika begini anda boleh cuba mulakan langkah dengan mencari jodoh di portal cari jodoh atau boleh juga minta kawan-kawan kenalkan.

Sebenarnya, ini semua hanya alasan untuk mereka yang masih belum ingin melepaskan zaman bujang dan mungkin juga belum bersedia untuk berkahwin. Apa-apa pun, jika anda dah bertemu calon yang sesuai eloklah jika sekiranya tidak melewat-lewatkannya.

Perkahwinan sememangnya dituntut dalam Islam, jadi jika anda dan si dia sudah bersedia, tunggu apa lagi? Kahwin terus!

Tulisan ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *