Pasangan Ada Yang Lain? Ini Tanda Pasangan Anda Curang

Pasangan Ada Yang Lain? Ini Tanda Pasangan Anda Curang – Antara hal yang sering menjadi kerisauan bagi setiap pasangan adalah kejujuran pasangan itu sendiri. Bermacam-macam persoalan bermain di benak fikiran, termasuklah berkaitan curang. Sering kali anda bertanya pada diri sendiri, “betul ke dia setia dengan aku” “dia ni ada orang lain ke tidak eh?” dan sebagainya. Isu curang memang bukanlah sesuatu yang baru dalam setiap perhubungan. Hakikatnya, curang agak sukar untuk dikenal pasti, lagi-lagi jika pasangan anda jenis yang bijak mengaburi tingkah laku mereka. Namun, apabila tingkah lakunya dikesan dan dikenal pasti, bermulalah episod keretakan dalam perhubungan.

Pasangan Ada Yang Lain? Ini Tanda Pasangan Anda Curang

Persoalannya, macam mana nak tahu pasangan anda curang? Apakah tanda-tandanya? Jom semak artikel ni sampai habis!

Perubahan tingkah laku

Si dia sudah tidak mesra seperti dahulu. Semasa berjumpa, si dia sudah tidak lagi peka mengenai dirimu dan dia selalu memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat yang jauh berbeza dengan hobinya contohnya si dia minta tengok filem aksi. Mungkin ada insan lain yang berjaya mempengaruhi si dia.

Selalu dengan telefon bimbitnya

Bila bercakap mengenai curang, ramai yang akan kaitkan dengan telefon bimbit. Apabila pasangan anda sering dengan telefonnya, hatta dengan anda pun dia masih tetap dengan telefon adalah tanda si dia ada yang lain. Jika nak lagi yakin, boleh minta untuk “check” phone pasangan. Jika dia tidak memberi izin dan mengatakan ianya adalah privasi, maka pasti ada sesuatu yang dirahsiakannya.

Tersasul menyebut nama panggilan

Jika selama ini anda dan pasangan membahasakan diri sebagai “sayang, abang” tapi kali ini si dia tersasul memanggil “baby, sayang” mungkin adalah petanda dia dah terbiasa memanggil orang lain dengan nama panggilan tersebut sehingga nama panggilan kalian juga boleh tertukar.

Naluri anda

Percaya pada naluri anda sendiri. Walaupun logik akal anda menidakkan, namun naluri hati anda sendiri akan mengiyakan sekiranya pasangan anda curang.

Berahsia / menipu

Jika ditanya tentang “keluar dengan siapa” “pergi mana” si dia akan berusaha mengelak daripada menjawab soalan tersebut. Lebih parahnya lagi, si dia akan mula berbohong pada anda.

Gelisah tidak tentu arah

Si dia asyik memandang jam seolah-olah ada perkara lebih mustahak. Apabila telefon bimbitnya berdering, si dia akan segera berlari ke tandas atau tempat tertutup yang jauh daripada anda untuk menjawabnya.

Jika pasangan anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, cepat-cepat lakukan sesuatu. Jangan cepat melatah dan ikut perasaan. Selidik dahulu sebelum membuat keputusan.

Tulisan ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *